SUAKA Pak Ngah  
 
 
PRAKATA
04/18/2024 5:43am (UTC)
   
 

    

Segala puji-pujian hanya untuk Allah S.W.T. Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ibni Abdillah, Rasulullah S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabat serta mereka yang menuruti mereka itu sehinggalah ke hari kiamat. 

        Dewasa ini, kebejatan sosial dalam kalangan para remaja semakin mendapat tempat di dada-dada akhbar dan media massa kerana kurangnya pengetahuan dan ‘imunisasi’ dalam diri para remaja. Sekiranya para remaja itu sedar dan peka dengan persekitaran yang mengepung diri mereka, maka statistik tentang salah laku remaja dapat dikurangkan daripada ‘critical margin’’ semasa negara.
        Dalam usaha membantu negara menangani permasalahan remaja ini, saya, dengan bekalan ilmu sedikit yang diilhamkan oleh Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana cuba untuk mengetengahkan dan memaparkan khazanah-khazanah ilmu yang perlu ada dalam diri remaja di samping menanamkan semangat cintakan kecemerlangan.
        Para remaja seharusnya mempunyai matlamat, landasan dan skala kemahiran yang mampu untuk mencorakkan masa depan mereka dari peringkat awal keremajaan mereka. Melalui personaliti dan perwatakan kendiri yang disaluti dengan lapisan motivasi yang syumul (sempurna) serta mempraktikkan cara pembelajaran yang bijak dan terancang, maka remaja akan menjadi lebih peka terhadap kehendak kejayaan dan motivasi diri. Selain itu, para remaja akan dapat menjadikan diri mereka seperti ikan yang hidup di laut. Walau pun persekitarannya masin tetapi isinya masih tetap tawar kerana kekuatan dalam sistem dirinya.
        Pembentukan remaja itu seharusnya dikawal dan ia perlu didorong dengan lebih baik berdasarkan peranan dan tanggungjawab dan hirarki kita dalam masyarakat untuk membimbing dan mencorak para remaja kita menjadi satu generasi remaja muslim yang cemerlang.
        Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para remaja kita dan diterima Allah S.W.T. sebagai satu ibadah di sisi-Nya.

Pak Ngah®

 

 
 
MENU UTAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
WAKTU MALAYSIA
 
SOLAT HARI INI BAGI ZON 8
(Kuching, Bau, Lundu dan Sematan)
 
DIARI CERAMAH Pak Ngah
BULAN : September 2008
5 hb - Ceramah di SMK Batu Kawa
11 hb - Ceramah Puasa di Istana Negeri
19 hb - Ceramah Puasa di Masjid BDC
 
AKHBAR PILIHAN
BERNAMA
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
HARIAN METRO
MALAYSIA KINI
NEW STRAIT TIMES
HARAKAH DAILY
BORNEO POST
MALAYSIA TODAY
MALAYSIAN TODAY
SINCHEW-I
SINCHEW DAILY

 
PAUTAN PILIHAN
MARI HAFAZ AL-QURAN
MINDA MUSLIM SUPER
GEDUNG SOFTWARE
JALAN-JALAN CARI IMAN
PEDANG ISLAM
PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB
MELAYU OH MELAYU
MARI BELAJAR SOLAT
KIRA ZAKAT ANDA
HAKIKAT ISLAM
UNTUKMU MUSLIMAH
WADAH UNTUK WANITA

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free