SUAKA Pak Ngah  
 
  Anak Watan Tercinta 04/23/2024 8:16am (UTC)
   
 
ANAK WATAN TERCINTA®
Nukilan Patriotik
Pak Ngah
12 Ogos 2005


Anak watan tercinta
Walau ditimbus runtuhan Kota Melaka
Kalimat berdaulat Datuk Laksamana Hang Tuah
Masih meniti di bibir
Masih tersemat di hati
Masih terpahat di arkib bumi
Bagi menilai potret merdeka ini
 
Anak watan tercinta
Haruman bunyi laungan merdeka
Terbit di bibir ayahanda tercinta
Menitik noktah bicara angkuh
Membidas hujah dendangan nista
Demi meraut wajah ceria anak merdeka
 
Anak watan tercinta
Merdekakah kita
Jika agama tidak dibela ?
Merdekakah kita
Jika minda masih terjajah ?
Merdekakah kita
Jika tari laku tiada sahsiah ?
Merdekakah kita
Jika budaya diri disanggah ?
Merdekakah kita
Jika pemimpin minta disembah ?
 
Anak watan tercinta
Andai ukiran masih bermotif nista
Layakkah kita mendabik dada merdeka
Di suaka bumi tercinta
Yang masih berbumbungkan
Kajang celaka hak milik mereka.
 
Anak watan tercinta
Jeritlah laungan keramat merdeka
Dengan lantang dan penuh gah
Andai agama suci telah terbela
Andai minda telah mampu menerjah
Andai tari laku telah bermaruah
Andai budaya diri telah berdiri megah
Andai pemimpin telah berhikmah
 
Anak watan tercinta
Padamkan dendangan siulan Bangau Oh Bangau
Matikan rentak kayuhan Si Luncai
Perbetulkan ceritera al-kisah Mat Jenin
Perhalusi tapak langkah Jebat derhaka
Dalam mengharungi bahtera merdeka
Di persada bumi tercinta
 
Anak watan tercinta
Jangan biarkan kita terus bertatih
Meniti jambatan kehidupan
Mendaki puncak teknologi
Merenangi lautan globalisasi
Terentang, terbentang, terpacak
Berbadi duri diskriminasi
 
Anak watan tercinta
Biarlah kita teruskan hidup ini
Yang bermula dengan menelentang
Terus meniarap
Terus merangkak
Terus bertatih
Terus berjalan
Dan terus berlari
Bersulam kalimat keramat tersohor
M.E.R.D.E.K.A.
 
Merdeka ! Merdeka! Merdeka!
 
 
MENU UTAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
WAKTU MALAYSIA
 
SOLAT HARI INI BAGI ZON 8
(Kuching, Bau, Lundu dan Sematan)
 
DIARI CERAMAH Pak Ngah
BULAN : September 2008
5 hb - Ceramah di SMK Batu Kawa
11 hb - Ceramah Puasa di Istana Negeri
19 hb - Ceramah Puasa di Masjid BDC
 
AKHBAR PILIHAN
BERNAMA
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
HARIAN METRO
MALAYSIA KINI
NEW STRAIT TIMES
HARAKAH DAILY
BORNEO POST
MALAYSIA TODAY
MALAYSIAN TODAY
SINCHEW-I
SINCHEW DAILY

 
PAUTAN PILIHAN
MARI HAFAZ AL-QURAN
MINDA MUSLIM SUPER
GEDUNG SOFTWARE
JALAN-JALAN CARI IMAN
PEDANG ISLAM
PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB
MELAYU OH MELAYU
MARI BELAJAR SOLAT
KIRA ZAKAT ANDA
HAKIKAT ISLAM
UNTUKMU MUSLIMAH
WADAH UNTUK WANITA

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free