SUAKA Pak Ngah  
 
  Khutbah Jumaat 2 04/20/2024 9:01am (UTC)
   
 
Merokok dalam Islam
 
Sidang Jumaat Rahimakumullah, sebagai seorang manusia yang beragama Islam, kita sentiasa berusaha untuk menjauhi dosa-dosa besar seperti membunuh, bunuh diri, zina, arak, judi, riba dan sebagainya. Kita ditegah membahayakan orang lain apatah lagi diri sendiri.
 
Namun begitu, umat Islam di serata dunia melakukan perkara yang bukan sahaja membahayakan diri dan orang lain, malah yang boleh membunuh diri sendiri dan keluarga mereka. Antaranya ialah perbuatan merokok. Para ulama sejak dari dulu lagi mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum merokok, ada yang mengharamkannya dan ada yang menghukumkannya sebagai makruh. Ini mungkin kerana rokok itu merupakan satu ciptaan manusia yang baru muncul dalam beberapa abad kebelakangan ini. Ianya tidak wujud sewaktu Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Sebab itulah kita tidak menemukan ayat dalam Al-Qur'an atau hadis Nabi Muhammad saw yang langsung dengan jelas mengatakan merokok itu dilarang." Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang berbunyi:
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ اْلأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Orang-orang yang mengikuti Rasul Nabi ummi (yang namanya) mereka dapati tertulis didalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk..." (Surah al-Ar’af : 157). 
Jadi apakah sebenarnya kemudaratan yang berpunca daripada merokok terhadap kesihatan ? Kita lihat firman Allah s.w.t:
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Dan belanjakanlah (harta benda mu) di jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik". (Surah Al-Baqarah:ayat 195);
 Oleh itu, dalam hal merokok ini, hendaklah kita memikirkan kebaikkan dan kemudharatan padanya yang mana satukah lebih besar. Telah ternyata bahawa merokok menyebabkan pelbagai masalaha kesihatan yang boleh membawa kepada maut. Kaum lelaki yang merokok mempunyai risiko 22 kali ganda menghidap barah paru-paru berbanding mereka yang todak merokok. Perokok juga tercebur kepada risiko tinggi mengalami sakit jantung, barah mulut, angin ahmar, dan lain-lain. Setiap tahun lebih 3 juta manusia yang menjadi korban angkara rokok dan yang bersangkutan dengannya.
 
Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah, bahaya merokok bukan sahaja terbatas kepada diri perokok itu sahaja, malah ia melibatkan orang lain. Sebagai orang Islam kita dilarang menyakiti orang lain.
 
Allah swt telah berfirman:
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Bermaksud: "Dan orang-orangyang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata"(Surat Al-Ahzab: 58). 
 
Betapa tidak, orang-orang disekeliling si perokok turut menghidu asap rokok yang dihembuskan ini lantas menjadikannya apa yang dipanggil perokok pasif. Asap rokok ini cukup bahaya kerana ia tidak ditapis dan mengandungi lebih dari 4000 jenis kimia dimana 40 darinya diketahui boleh menyebabkan barah. Asap rokok ini juga boleh menjadi punca atau memburukkan semput, bronchitis dan masalah pernafasan terutama dikalangan kanak-kanak.
Ma’asyiral Muslimin Rahimakumullah, dalam ajaran Islam juga dianjurkan agar menjauhi dari memakan makanan yang boleh meghasilkan bau yang kurang enak sebagai menghormati orang disekeliling agar mereka tidak terganggu. Begitu pula dengan rokok. Lebih teruk lagi sebab ia boleh meresap ke rambut, baju, seluruh rumah, dalam kereta dan sebagainya. 
Satu lagi kemudharatan merokok ialah, ianya satu pembaziran. Allah swt berfirman:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu amat kufur terhadap Tuhannya”. {Surah al-Israa’: 27}
Para perokok membelanjakan jumlah wang yang banyak setiap tahun bagi membiayai tabiat merokok. Jelas bagi kita merokok lebih membawa kemudharatan dari kebaikkan.
Sidang Jumaat Rahimakumullah, سeperti yang kita sedia maklum, diantara kemudharatan lain yang timbul dari tabiat merokok ialah menimbulkan ketagihan yang boleh menyebabkan satu tindak balas fizikal terhadap tubuh badan si perokok bila tabiat merokok itu cuba dihentikan. Oleh itu, membuang tabiat merokok itu merupakan azam. Bagaimanapun, dengan bantuan Allah dan berbekal komitmen kita untuk memperbaiki diri demi kesihatan kita sendiri, adalah tidak mustahil untuk kita menghakis tabiat yang tidak sihat ini. Langkah pertama, kita perlu meneguhkan niat di dalam hati untuk berhenti dari merokok. Yakinlah kepada firman Allah:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
“Maka apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertawakkal”. (Surah Al-'lmran 159).
Langkah yang kedua, Perokok harus menjauhi situasi yang boleh mendorongnya kembali merokok, Ia juga harus menghindari perokok-perokok lain dan sibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ingatlah firman Allah: 
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuatbaik” (Surah al-Ankabut: 69).
Sidang Jumaat Rahimakumullah, jika anda tinggal serumah dengan perokok ataupun mempunyai kawan-kawan serta ahli keluarga yang merokok, nasihatilah mereka dengan baik untuk berhenti demi Allah, agama dan kesihatan mereka. Bagi perokok pula, terimalah nasihat tersebut dengan hati yang terbuka. Dengan demikian anda telah menyelamatkan diri anda sendiri keluarga serta masyarakat sekeliling daripada bahaya asap rokok yang boleh mendatangkan berbagai masalah kesihatan. Sayangilah diri kita dan kaum keluarga kita.
Islam sekali-kali tidak mengajar umatnya membazirkan wanga ringgit untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah, apatahlagi yang mengundang kemudharatan kepada diri dan masyarakat secara umum.
Marilah sama-sama kita berazam ini untuk meninggalkan amalan-amalan yang kurang mendatangkan faedah dan kita gantikan dengan amalan yang lebih baik.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
 
 
 
MENU UTAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
WAKTU MALAYSIA
 
SOLAT HARI INI BAGI ZON 8
(Kuching, Bau, Lundu dan Sematan)
 
DIARI CERAMAH Pak Ngah
BULAN : September 2008
5 hb - Ceramah di SMK Batu Kawa
11 hb - Ceramah Puasa di Istana Negeri
19 hb - Ceramah Puasa di Masjid BDC
 
AKHBAR PILIHAN
BERNAMA
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
HARIAN METRO
MALAYSIA KINI
NEW STRAIT TIMES
HARAKAH DAILY
BORNEO POST
MALAYSIA TODAY
MALAYSIAN TODAY
SINCHEW-I
SINCHEW DAILY

 
PAUTAN PILIHAN
MARI HAFAZ AL-QURAN
MINDA MUSLIM SUPER
GEDUNG SOFTWARE
JALAN-JALAN CARI IMAN
PEDANG ISLAM
PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB
MELAYU OH MELAYU
MARI BELAJAR SOLAT
KIRA ZAKAT ANDA
HAKIKAT ISLAM
UNTUKMU MUSLIMAH
WADAH UNTUK WANITA

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free