SUAKA Pak Ngah  
 
  Miliki 7 Kemahiran Ini 04/19/2024 11:09pm (UTC)
   
 

MILIKI 7 KEMAHIRAN INI

Dunia pekerjaan seperti juga perniagaan ada pasang surut kerana ia banyak bergantung kepada prestasi syarikat. Ada ketikanya graduan-graduan universiti tidak perlu memohon pekerjaan kerana peluang sentiasa menanti. Dan ada ketikanya terutama semasa negara dilanda kemelesetan ekonomi pertengahan 1980-an lalu, graduan yang baru menerima ijazah terpaksa berpuas hati dengan gali lebih rendah daripada sepatutnya.

Kini di era Internet, peluang pekerjaan tidak dinafikan semakin banyak dan luas, begitu juga dengan persaingan bukan sahaja di antara syarikat-syarikat yang berlumba-lumba merebut peluang perniagaan tetapi juga di kalangan kakitangan.

Pekeria yang banyak pengalaman mempunyai lebih banyak peluang dan mampu 'demand' untuk mendapatkan gaji yang tinggi.

Oleh itu setiap pekeria di sektor swasta perlu sentiasa bersedia dan tidak berkira untuk menambah pengalaman dan pengetahuan kerana dengan cara ini mereka boleh dan mampu bersaing secara sihat untuk terus naik setiap anak tangga kejayaan. Ingat setiap tingkah laku, penampilan dan pergerakan anda di pejabat tidak kira bidang apa yang diceburi akan menjadi perhatian dan secara tidak langsung menggambarkan imej syarikat.

Tujuh kemahiran di bawah ini bukan sahaja akan membuka peluang yang luas untuk anda meningkat ke tahap lebih tinggi dari jawatan sekarang tetapi juga membolehkan anda bertukar ke profesyen lain dengan lebih mudah.

1. Suara yang meyakinkan

Kebanyakan tugas hari ini memerlukan kemahiran berkomunikasi terutama melalui telefon. Ada ketikanya dengan hanya satu panggilan, tugas kita mudah diselesaikan dengan jayanya. Ini bermakna suara yang dibuat menerusi panggilan telefon berjaya meyakinkan pihak yang berurusan dengan kita.

Seperti kata penulis buku Winning With Your Voice, Morton Cooper, H kira-kira 80 peratus daripada komunikasi harian bergantung kepada suara. Kebanyakan kita menjual suara untuk menjalin perhubungan terutama dalam perniagaan.

Percakapan yang kurang jelas melalui telefon akan mengurangkan keyakinan pihak yang satu lagi membuatkan mereka mendapat gambaran negatif terhadap kita sehingga mereka bertemu empat mata dengan kita.

Bagaimana caranya untuk memperbaiki pertuturan? Nancy Friedman, pemilik dan presiden apa yang dipanggil Doktor Telefon di Saint Louis mencadangkan agar berlatih sendiri untuk memperbaiki cara pertuturan. Caranya mudah, letakkan cermin kecil di atas meja supaya anda dapat melihat sama ada anda tersenyum atau tidak ketika mengangkat gagang telefon. Apabila tersenyum, suara akan lebih meyakin, seolah-oleh orang yang kita hubungi dapat'mendengar' kita tersenyum.

Cara pertuturan amat penting. Apa jua profesyen kita sama ada wartawan, penerbit, eksekutif jualan malahan mereka yang bekeria sendiri juga memerlukan keyakinan diri untuk meyakinkan orang lain.

2. Pena yang tajam

Kemampuan bercakap dengan baik hanyalah salah satu daripada kemahiran berkomunikasi kerana penulisan yang tersusun dan lancar juga mempunyai peranan penting.

Apabila memohon sesuatu pekerjaan, pastikan surat permohonan dibuat dengan tersusun memberitahu bagaimana tugas yang dipohon dan diri anda adalah gandingan sepadan. Mungkin ramai berpendapat kurang kemahiran berbahasa Inggeris membuatkan mereka tidak yakin untuk menulis surat permohonan keria. Sebenarnya kemahiran ini boleh dipelajari melalui kursus atau buku-buku di samping melihat surat permohonan rakan-rakan yang telah beriaya dalam permohonan mereka.

3. Luahan idea

Jangan takut untuk memberi idea. Tidak semestinya setiap idea yang datang daripada ketua boleh dan sesuai digunakan dan tidak selalu idea yang dihasilkan oleh pekeria tidak berfaedah.

Perkembangan teknologi begitu pesat kini sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang diperkenalkan. Bukan hanya melalui media elektronik, malahan melalui media cetak banyak perkara baru boleh dijadikan panduan untuk memberikan idea yang boleh digunakan dalam tugas seharian.

Ini bermakna setiap pekeria perlu peka dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku bukan hanya di sekitar mereka tetapi juga di seluruh dunia.

Semakin banyak kita sedar dan peka mengenai tren semasa, semakin banyak idea yang boleh dikembangkan dan semakin luas peluang kita dalam dunia pekerjaan.

4. Pengetahuan teknologi

Kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan berbanding lelaki, wanita lebih bimbang terhadap perkembangan teknologi terutama komputer.

Kemahiran teknikal adalah penting dalam menjalani kehidupan dalam dunia pekerjaan yang semakin kalut berkejar dengan penggunaan teknologi terkini. Tanpa pengetahuan ini, ramai yang akan ketinggalan. Usah malu untuk bertanya dan mempelajari sekiranya tidak tahu. Walaupun tugas harian tidak memerlukan penggunaan komputer, tetapi adalah lebih menguntungkan jika kita mempelajarinya atas inisiatif sendiri.

5. Tingkatkan pendapatan syarikat

Dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, majikan akan bertanyakan sumbangan yang boleh diberikan kepada syarikat. Walaupun jawapan yang diberikan "saya akan cuba me" ningkatkan jualan, meningkatkan pendapatan syarikat dan sebagainya namun ia masih belum mencukupi.

Pekerja yang beriaya membawa hasil yang banyak kepada syarikat akan sentiasa disanjung tinggi dan menjadi aset kepada syarikat tersebut.

Oleh itu anda perlu ada keyakinan diri untuk meyakinkan syarikat tempat anda memohon pekerjaan bahawa anda mampu membawa peluang perniagaan yang besar kepada syarikat berkenaan.

6. Luaskan rangkaian

Alat yang penting dalam mengembangkan karier adalah rangkaian yang pelbagai. Tetapi ia tidak bermakna hanya menghadiri majlis sosial, bertukar-tukar kad perniagaan dengan kenalan baru atau sering berbual melalui telefon.

Yang penting selepas setiap pertemuan, anda perlu berhubungan selalu bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan nasihat dan maklumat yang diperlukan.

Kita sering bertemu ramai orang dari pelbagai bidang, tetapi jika kita tidak sering berhubungan walaupun sekadar bertanya khabar, rangkaian hubungan kita tidak akan meluas. Ia akan hanya menjadi sekadar kenangan dalam pertemuan. Rangkaian adalah kritikal untuk pengurusan karier kerana ahli-ahli perniagqan hanya akan berurusan dengan orang yang mereka kenal dan boleh dipercayai.

Kunci utama mengembangkan rangkaian kita ialah dengan mengadakan perhubungan yang pelbagai. Sertai pertubuhan-pertubuhan sosial, pertubuhan profesional, kelab-kelab dan tidak ketinggalan mereka yang ditemui ketika beriadah di kelab atau bersiar-siar di taman.

Kejayaan dalam pekeriaan dan perniagaan bukan sahaja bergantung kepada siapa yang kita kenali tetapi juga siapa yang mengenali kita.

7. Susulan

Apabila memulakan sesuatu tugas, kita hendaklah sentiasa memastikan tindakan susulan dibuat segera. Tidak kurang yang bersemangat berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu tetapi kemudiannya dibiarkan begitu sahaja tanpa susulan lanjut membuatkan segalanya gagal.

Ada juga yang menghantar permohonan pekerjaan tetapi tidak mengambil inisiatif untuk membuat panggilan telefon bertanyakan mengenai pemohonannya. Ini menunjukkan dari awal lagi individu ini tidak bersungguh-sungguh dalam usahanya.

 

 
 
MENU UTAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
WAKTU MALAYSIA
 
SOLAT HARI INI BAGI ZON 8
(Kuching, Bau, Lundu dan Sematan)
 
DIARI CERAMAH Pak Ngah
BULAN : September 2008
5 hb - Ceramah di SMK Batu Kawa
11 hb - Ceramah Puasa di Istana Negeri
19 hb - Ceramah Puasa di Masjid BDC
 
AKHBAR PILIHAN
BERNAMA
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
HARIAN METRO
MALAYSIA KINI
NEW STRAIT TIMES
HARAKAH DAILY
BORNEO POST
MALAYSIA TODAY
MALAYSIAN TODAY
SINCHEW-I
SINCHEW DAILY

 
PAUTAN PILIHAN
MARI HAFAZ AL-QURAN
MINDA MUSLIM SUPER
GEDUNG SOFTWARE
JALAN-JALAN CARI IMAN
PEDANG ISLAM
PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB
MELAYU OH MELAYU
MARI BELAJAR SOLAT
KIRA ZAKAT ANDA
HAKIKAT ISLAM
UNTUKMU MUSLIMAH
WADAH UNTUK WANITA

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free