SUAKA Pak Ngah  
 
  Doa Majlis Makan Malam 10/02/2014 12:17am (UTC)
   
 
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمِيْنَ, وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، اَللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَىذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِك
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ciptaan-Mu ini, di dalam ______________________________________________________________________ ini, merafakkan kesyukuran dan pujian terhadap-Mu, atas kurniaan nikmat-Mu yang tidak terhingga.
 
Allahumma Antal Hasibul Jalil,
 
Sesungguhnya di tangan-Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami selama ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.
 
Rahmatilah kami Ya Allah dengan kasih sayang-Mu, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan kekayaan dan ketinggian ilmu, Muliakanlah kami dengan kemuliaan akhlak dan pekerti. Ya.. Allah! Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda untuk membimbing diri sendiri dan rakan-rakan kami agar kami dapat menjadi penjana masyarakat, bangsa dan negara kami ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,
 
Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
 
أَللَّهُمَّ جْعَلْ جَـمْعَـنَا هذَ ا جَـمْـعًا مَرْحُوْمًا َوَتفَـرُّقَـنَا مِنْ بَـعْدِهِ تَفَـرُّقًا مَـعْصُوْمًا وَلاَ تَـجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيـْنَا وَلاَ مـَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْـبَعُنَا شَقِـيًّا وَلاَ مَـطْرُوْدً ا وَلاَ مَـحْرُوْمًا اَللَّهُمَّ اغْـفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَـبَقُوْنَا بِاْلإِيْمَان وَلاَ تَـجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِـنَا غِلاًّ لِّـلَّذِيْنَ أَمَـنُوْا إِنَّكَ رَأُوْفٌ رَّحِيْم . رَبَّـنَا آتـِنَا فِي الدُّنْـيَا حَسـَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسـَنَةً وَقـِنَا عَذَابَ الـنَّارِ . وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين
 
 
 
 
MENU UTAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
WAKTU MALAYSIA
  Advertisement
 
SOLAT HARI INI BAGI ZON 8
(Kuching, Bau, Lundu dan Sematan)
 
DIARI CERAMAH Pak Ngah
BULAN : September 2008
5 hb - Ceramah di SMK Batu Kawa
11 hb - Ceramah Puasa di Istana Negeri
19 hb - Ceramah Puasa di Masjid BDC
 
AKHBAR PILIHAN
BERNAMA
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
HARIAN METRO
MALAYSIA KINI
NEW STRAIT TIMES
HARAKAH DAILY
BORNEO POST
MALAYSIA TODAY
MALAYSIAN TODAY
SINCHEW-I
SINCHEW DAILY

 
PAUTAN PILIHAN
MARI HAFAZ AL-QURAN
MINDA MUSLIM SUPER
GEDUNG SOFTWARE
JALAN-JALAN CARI IMAN
PEDANG ISLAM
PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB
MELAYU OH MELAYU
MARI BELAJAR SOLAT
KIRA ZAKAT ANDA
HAKIKAT ISLAM
UNTUKMU MUSLIMAH
WADAH UNTUK WANITA

=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=