SUAKA Pak Ngah  
 
  Doa Penutup Kursus 04/20/2024 12:02am (UTC)
   
 
الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين، اللهم أعنا علىذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Ya haiyuya qaiyuum, Ya Allah, Engkaulah pemilik kekuasaan dan kerajaan alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu daripada sesiapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Engkau mahu.
 
Ya Allah, kami berhimpun pada petang ini bersempena Majlis Perasmian Penutupan Pesta Satok 2007 oleh pemimpin kami yang berjiwa murni iaitu Yang Berhormat Dato’ Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg pada petang yang penuh barakah dengan limpah keizinan dan lembayung rahmat-Mu . Semoga dengan rahmat itu , Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.
 
Ya Allah, Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kami merafak setinggi-tinggi syukur kepada-Mu kerana telah memelihara majlis kami daripada sebarang bala dan bencana. Kami juga bermohon, ya Allah apalah kiranya kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami dan restuilah program kami ini yang telah sampai ke penghujung dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah negara kami dari segala mala petaka dan jauhilah daripada sifat-sifat yang keji yang Engkau murkai.
 
Ya Allah, majukanlah insaniah kami dan majukanlah negara kami serta jauhkanlah kami daripada sebarang jenayah dan gejala sosial yang memudaratkan kesejahteraan negara kami. Engkau peliharalah kami daripada musuh-musuh yang berniat jahat kepada kami sama ada yang terang atau yang tersembunyi dan berilah kepada kami iman, taqwa dan perpaduan sebagai perisai dan kekuatan. Kabulkanlah permintaan dan seluruh hajat kami sesuai dengan cita-cita pemimpin-pemimpin negara kami untuk menegakkan Islam Hadhari yang Dunianya maju dan jaya Akhiratnya.Itulah cita-cita kami ya Allah Tuhan Sekalian Alam!
 
Allahumma Ya Aziz Ya Jabbar , selepas majlis ini kami bermohon dengan rahmat-Mu agar Engkau takdirkan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang Engkau redhai dan janganlah hendaknya Engkau jadikan perpisahan kami pada hari ini perpisahan untuk selama-lamanya. Inilah keluhan suara dan permintaan kami, maka ampunilah dosa-dosa kami. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi semua makhluk.
 
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَ ا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرَّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلا َمَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدً ا وَلاَ مَحْرُوْمًا رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار وَصَلىَّ اللهُ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمٌ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 
 
MENU UTAMA
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
WAKTU MALAYSIA
 
SOLAT HARI INI BAGI ZON 8
(Kuching, Bau, Lundu dan Sematan)
 
DIARI CERAMAH Pak Ngah
BULAN : September 2008
5 hb - Ceramah di SMK Batu Kawa
11 hb - Ceramah Puasa di Istana Negeri
19 hb - Ceramah Puasa di Masjid BDC
 
AKHBAR PILIHAN
BERNAMA
BERITA HARIAN
UTUSAN MALAYSIA
HARIAN METRO
MALAYSIA KINI
NEW STRAIT TIMES
HARAKAH DAILY
BORNEO POST
MALAYSIA TODAY
MALAYSIAN TODAY
SINCHEW-I
SINCHEW DAILY

 
PAUTAN PILIHAN
MARI HAFAZ AL-QURAN
MINDA MUSLIM SUPER
GEDUNG SOFTWARE
JALAN-JALAN CARI IMAN
PEDANG ISLAM
PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB
MELAYU OH MELAYU
MARI BELAJAR SOLAT
KIRA ZAKAT ANDA
HAKIKAT ISLAM
UNTUKMU MUSLIMAH
WADAH UNTUK WANITA

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free